Thursday, November 28, 2013

Usah Takut Hadapi Hidup

Pengalaman di dalam konsultasi atau kauseling dengan orang awam memperlihatkan ada individu yang mengadu takut untuk membuat sesuatu dalam hidupnya; takut kahwin nanti bercerai, takut bisnes rugi dan pelbagai ketakutan.

Sebenarnya, kita tidak perlu dan tidak boleh takut menghadapi kehidupan ini. Daripada kajian yang mengkaji tarikh dan waktu lahir mendapati semua orang mempunyai pelbagai jenis konflik di dalam hidupnya. Cuma yang membezakan kita adalah tempoh masa atau usia sesuatu konflik itu berbeza untuk setiap orang.

Tetapi, semua jenis konflik ada pada semua orang. Ini adalah satu hakikat yang perlu dijelaskan di sini bukanlah untuk meninmbulkan panik atau untuk menakut-nakutkan masyarakat, tetapi lebih kepada memberi kesedaran bahawa anda perlu kuat, tenang dan berilmu untuk menghadapi liku-liku kehidupan.

Di dalam kajian tarikh dan waktu lahir, beberapa jenis konflik dikenal pasti. Contohnya, konflik yang dinamakan Vacuum Star, ia cuma gelaran sahaja dan boleh sahaja kita letak apa jua nama selain daripada itu. Ia menjelaskan situasi di mana pada sesuatu tempoh usia kita akan diuji dengan masalah kerugian atau kegagalan dalam kewangan.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa semua orang memiliki Vacuum Star, cuma pada usia yang berbeza. Oleh itu jelas sekali menunjukkan bahawa kaedah-kaedah menilik nasib yang menggunakan tarikh lahir adalah tidak tepat kerana jika sedemikianlah maka semua orang hidup kerugian? Berbeza dengan kaedah ini yang menggunakan pendekatan strategi untuk kenal pasti jenis konflik dan membuat tindakan sewajarnya.

Berbalik kepada persoalan Vacuum Star itu ialah semua orang perlu melalui sebentuk konflik iaitu kerugian dengan kata lainnya iaitu bagaimana menguruskan kewangan anda apabila berhadapan dengan situasi kemelesetan dan cabaran dalam kewangan. Jika anda ada strategi, tentunya fenomena Vacuum Star ini anda dapat lalui dengan baik.

Tentunya, jika anda tidak bersedia dan tiba-tiba sahaja memasukki era fenomena tersebut, anda akan kerugian! Tetapi bukanlah kerugian itu memang menanti anda, cuma cabaran ke arah kerugian itu yang menanti anda, dan anda yang telah dianugerahkan Tuhan dengan semangat dan pengetahuan, perlulah membuat pilihan untuk bersedia menghadapinya. Lakukanlah strategi awal untuk menghadapi cabaran tersebut serta pelbagai cabaran yang lain untuk anda kekal berjaya.

Juga, perlu diingatkan bahawa dalam kajian mendapati setiap orang perlu melalui sekurangnya empat kali tempoh cabaran untuk setiap jenis konflik. Oleh itu, janganlah anda ambil mudah tentang betapa rumitnya kehidupan kita ini, ia sebenarnya penuh dengan pengurusan! Berikut adalah beberapa jenis fenomena dan penjelasannya;

Vacuum Star
Cabaran bagaimana menguruskan kewangan anda apabila berhadapan dengan situasi kemelesetan dalam kewangan. Ini adalah tempoh masa ujian untuk anda menguruskan kewangan dengan baik di tengah-tengah konflik kewangan.

Jika anda dapat melaluinya dengan baik, anda akan faham betapa pentingnya amalan sistem pengurusan yang cekap. jika anda tidak bersedia awal, maka kerugian demi kerugian anda alami. Tentunya, sama ada anda dapat lalui dengan baik atau tidak, anda sudah ada pengalaman untuk anda hadapi situasi yang sama akan datang.

Widowed Star
Cabaran bagaimana menguruskan emosi dan kekalutan jiwa di dalam alam percintaan atau perkahwinan apabila berhadapan dengan situasi konflik dan jurang dalam percintaan atau perkahwinan.

Ini adalah tempoh ujian untuk anda menghadapi pelbagai karenah kekalutan dalam percintaan / perkahwinan. Jika anda dapat memahami ia sekadar ujian, anda dapat laluinya dengan baik dan anda akan faham tentang betapa pentingnya usaha bersama di dalam hubungan percintaan / perkahwinan. Jika anda tidak bersedia awal atau melaluinya dengan kecewa, tentunya anda mahu sahaja lari dari percintaan / perkahwinan.

Awarding Star & Lonely Star
Ada puluhan lagi jenis konflik yang akan dikongsi bersama anda nanti termasuklah potensi yang baik seperti Awarding Star iaitu satu tempoh masa dimana anda berpeluang memenangi ganjaran, imbuhan atau hadiah! Itu pun jika anda tahu cara mendapatkannya.

Oleh itu, janganlah takut hadapi kehidupan. Anda pasti akan melaluinya jua dan yang penting adalah anda ada persediaan. Jika anda takut hadapi pelbagai jenis konflik, tinggal sahajalah dalam sebuah gua hidup berseorangan di sana tentu tiada konflik, tetapi ada konflik Lonely Star iaitu kesunyian pula! Maknanya jika anda lari ke dalam gua pun masih ada konflik.

Apabila anda melalui tempoh ujian dan cabaran tersebut, anda perlulah bersedia lebih awal dan seterusnya melalui tempoh ujian dengan lebih kuat, tenang, tabah dan sabar serta berilmu. Dapatkan sokongan daripada mentor yang berpatutandan tak lupa juga berdoa pada Yang Maha Esa.

0 comments:

Post a Comment