Friday, November 29, 2013

Merawat Diri Dengan Azan

Setiap hari kita pasti mendengar azan berkumandang. Jika kita tidak dapat mendengar dari muazin setempat, seruan azan mudah sekali kita dengar dari corong-corong radio atau peti televisyen. Bukan sekali dua kita mendengar azan bahkan sudah banyak kali.

Hakikat dari dari seruan azan itu sedikit sekali kita peduli. Bahkan mungkin ada yang tidak tahu langsung bahawa azan itu adalah satu kupasan laluan hidup paling awl untuk kita bawa. Azan jugalah yang menyambut kehadiran kita di dunia ini. Sebaik sahaja kita keluar dari rahim ibu, kita akan disambut dengan seruan azan. itulah waktu paling minimum kita akan mendengar azan.

Kemudian kehidupan kita di Malaysia amat beruntung kerana setiap kali masuknya waktu solat, pasti kedengaran seruan azan berkumandang tidak kira sama ada kita di bandar mahupun di kampung, maka cubalah kira berapa banyak seruan azan yang kita dengan seruan azan sehingga hari ini? Persoalan yang sering diajukan, adakah kita benar-benar faham akan maksud azan itu dan mengapakah kita disambut dengan azan? Mungkin bagi sesetengah pihak, persoalan ini tidak boleh ditanya, kita harus dengar dan taat.

Namun kita harus ingat sewaktu zaman dahulu mendidik anak sering sahaja dengan sebatang rotan. Waktu itu ibu bapa melihat rotan adalah satu alat terbaik dalam mendidik anak-anak. Namun kini, kami kira rotan bukanlah saja yang baik dan relevan dalam mendidik kerana anak-anak kita kini lebih tajam fikirannya dan lebih kasar jiwanya, anak-anak kita lebih memerlukan alasan yang baik bukan rotan yang tebal.

Anak-anak kita lebih banyak membaca, lebih terdedah kepada ilmu dan pastinya mereka dahagakan penjelasan yang jitu untuk setiap persoalan yang timbul. Dulu mungkin tiada anak-anak yang bertanyakan, 'mengapa perlunya azan?' kita kira lebih ramai anak-anak yang bertanya dari orang dewasa yang tidak mahu cuba tahu kenapa perlunya azan.

Beri jawapan tepat
Bagi kita yang ditanya anak-anak, cukuplah kita menjawab persoalan itu dengan jawapan klise, "Ohhh... azan itu sebagai tanda masuknya waktu solat". Bagaimana pula jika si anak tadi memberikan saranan untuk menggunakan penggera waktu solat agar lebih senang kita diingati, pastinya jika kita sudah hilang sumber jawapan.

Maka jawapan kuasa veto digunakan, "jangan banyak tanya, ikut sahaja." Jawapan inilah yang membawa kemunduran kepada umat Islam generasi baru kerana mereka melakukan sesuatu atas dasar ikut-ikutan tanpa mengetahui faktanya dan lebih buruk lagi apabila perbuatan yang dilakukan tanpa ilmu adalah perbuatan yang tiada roh di dalamnya yang mana pelakunya melakukannya dengan jiwa yang kosong. Lalu akhirnya pelaku akan mengikut siapa yang dapat memberikan jawapan kepada persoalan mereka.

Biarpun jawapan yang diberikan tidak masuk akal namun kehendak mereka tercapai untuk mendengar jawapan kepada soalan tersebut yang akhirnya menjadi pembuka jalan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan atas nama agama.

Keadaan ini juga sebenarnya penyumbang besar kepada ajaran sesat. Anak menjadi taksub kepada mereka yang konongnya dapat memberi jawapan walaupun palsu. Antara ajaran sesat yang paling sesat ialah ketaksuban kepada si guru.

Azan merupakan satu carta kehidupan umum, iaitu jika kita perhalusi dan ikuti, in shaa Allah, akan memberi impak yang baik dalam hidup kita. Ia menujukkan sati perjalanan hidup yang perlu kita lalui. Ia juga merupakan satu formula yang mana jika kita berjalan dengannya kita akan mencapai apa jua yang kita inginkan dalam hidup ini.

Hari ini ramai benar yang ingin menjadi kaya, ramai benar yang ingin menjadi jutawan. Mungkin mereka memikirkan dengan kekayaan kita akan dapat apa jua yang kita inginkan. Apabila persoalan ini timbul maka ramai yang berkata, "Kamu tak kaya sebab itu kamu kata kaya itu tidak perlu."

Berkat rezeki dari azan
Kami tidak mengatakan bahawa kaya itu tidak perlu namun apa yang perlu dilihat adalah dengan mencari kekayaan jangan sampai tertinggal Allah S.W.T di belakang. Terpegun juga mendengar cerita seorang teman, "bisnes aku dah ok!"

Melihat wajah keceriaan terpancar diwajahnya dalam menyampaikan berita tersebut. Kemudian dia berkata, "lepas aku buat terapi azan, tiada hari tanpa bisnes, betullah selama ini aku lebih bertuhankan duit dari berTuhankan Allah S.W.T yang sebenarnya Maha Memberi rezeki.

Kata-kata tersebut membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyampaikan apa yang seharusnya dimiliki oleh orang muslim dalam berjalan menempuhi onak ranjau dunia perniagaan. Teman kami itu telah pergi pelbagai bengkel untuk memajukan perniagaannya namun semangatnya hanya bertahan beberapa ketika dan sewaktu melatihnya untuk melakukan teknik terapi azan, dia masih ragu-ragu kerana masakan hanya dengan azan rezekinya bakal membaik.

Namun kini dia sudah melihat keberkesanan azan dalam hidupnya dan dalam mencorak masa depan.

0 comments:

Post a Comment