Seindah keluarga dalam Islam

Membina Keluarga Bahagia Dengan Mengamalkan Ilmu Dan Ajaran Islam.

Seindah Tazkirah

Peringatan Buat Diri Yang Lemah, Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam.

Seindah Ibadah Untuk Diamalkan

Biarkan Ibadahmu Menjadi Rahsia Seperti Kamu Merahsiakan Dosa-Dosamu. .

Seindah Wanita Solehah

Dunia Adalah Perhiasan Dan Seindah-Indah Perhiasan Adalah Wanita Solehah.

Seindah Tentang Rasulullah SAW

Kekasih Hati Yang Dirindui.

Seindah Sumber Inspirasi Penentu Kejayaan

Kenali Insan Yang boleh Memberi Motivasi Untuk Kita Lebih Maju Dalam Kehidupan.

Saturday, November 30, 2013

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun. Pada tahun 2009, beliau diletakan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Latar belakang
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah belajar di:
  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Universiti Deoband, India – 1952
  • Universiti Lahore, Pakistan - 1957
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

Kerjaya politik
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr. Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini, PRU13. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesihatan
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.”

Kesimpulan Jawatan Politik
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen. 4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.

Bina Keluarga Bahagia Dari Perkahwinan Mengikut Syarak

Perkahwinan merupakan kemuncak sebuah percintaan. Namun, bak kata pepatah, perkahwinan juga umpama satu perjudian hidup. Pasangan suami isteri pastinya takkan terlepas daripada pelbagai masalah. Ibarat gigi dengan lidah, sesekali pasti tergigit juga. Apatah lagi sekiranya pasangan itu masih muda, sudah pasti lebih berat dugaan yang terpaksa didepani mereka.

Sememangnya ramai pasangan berkahwin akhirnya terpaksa mengambil jalan berpisah lantaran gagal mengemudi bahtera bersama. Jika dahulu, fenomena ini jarang sekali berlaku, namun hari ini, ia bagai sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat moden kita.

Sesungguhnya ikatan perkahwinan amat digalakkan oleh Islam dalam menyempurnakan keperluan tabii manusia yang dilahirkan untuk hidup berpasangan. Malah, hidup berkeluarga menjadi antara sunnah Rasulullah s.a.w sehingga di dalam hadis baginda ada menyebut: "Apabila seseorang itu berkahwin maka ia telah menyempurnakan sebahagian agamanya dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan yang sebahagian lagi."

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina berlandaskan asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sesebuah keluarga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapat ketenangan dalam kehidupan.

"Kamu dihalalkan bersetubuh dengan isteri kamu pada malam puasa. Mereka sebagai pakaian kamu dan kamu pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri kamu dan Allah menerima taubat dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu  dan carilah apa-apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Makan dan minumlah sehingga nyata kepada kamu garis putih daripada garis hitam pada waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga ke malam (maghrib). Janganlah kamu setubuhi mereka (isteri-isteri) ketika beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu hampir. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayatnya (peraturan-peraturan) kepada manusia. Semoga mereka bertaqwa" (Al-Baqarah: 187).

Perkataan 'pakaian' dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali.

Kebanyakkan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu kepuasan nafsu. Malah, cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama.

Lantaran itu, amat penting untuk membina mahligai yang harmoni mengikut ajaran serta panduan yang telah digariskan oleh Islam. Di mana Islam telah memberi petunjuk kepada umatnya demi berusaha memperbaiki kualiti hidup supaya manusia dapat mengecapi kesempurnaan.

Friday, November 29, 2013

Merawat Diri Dengan Azan

Setiap hari kita pasti mendengar azan berkumandang. Jika kita tidak dapat mendengar dari muazin setempat, seruan azan mudah sekali kita dengar dari corong-corong radio atau peti televisyen. Bukan sekali dua kita mendengar azan bahkan sudah banyak kali.

Hakikat dari dari seruan azan itu sedikit sekali kita peduli. Bahkan mungkin ada yang tidak tahu langsung bahawa azan itu adalah satu kupasan laluan hidup paling awl untuk kita bawa. Azan jugalah yang menyambut kehadiran kita di dunia ini. Sebaik sahaja kita keluar dari rahim ibu, kita akan disambut dengan seruan azan. itulah waktu paling minimum kita akan mendengar azan.

Kemudian kehidupan kita di Malaysia amat beruntung kerana setiap kali masuknya waktu solat, pasti kedengaran seruan azan berkumandang tidak kira sama ada kita di bandar mahupun di kampung, maka cubalah kira berapa banyak seruan azan yang kita dengan seruan azan sehingga hari ini? Persoalan yang sering diajukan, adakah kita benar-benar faham akan maksud azan itu dan mengapakah kita disambut dengan azan? Mungkin bagi sesetengah pihak, persoalan ini tidak boleh ditanya, kita harus dengar dan taat.

Namun kita harus ingat sewaktu zaman dahulu mendidik anak sering sahaja dengan sebatang rotan. Waktu itu ibu bapa melihat rotan adalah satu alat terbaik dalam mendidik anak-anak. Namun kini, kami kira rotan bukanlah saja yang baik dan relevan dalam mendidik kerana anak-anak kita kini lebih tajam fikirannya dan lebih kasar jiwanya, anak-anak kita lebih memerlukan alasan yang baik bukan rotan yang tebal.

Anak-anak kita lebih banyak membaca, lebih terdedah kepada ilmu dan pastinya mereka dahagakan penjelasan yang jitu untuk setiap persoalan yang timbul. Dulu mungkin tiada anak-anak yang bertanyakan, 'mengapa perlunya azan?' kita kira lebih ramai anak-anak yang bertanya dari orang dewasa yang tidak mahu cuba tahu kenapa perlunya azan.

Beri jawapan tepat
Bagi kita yang ditanya anak-anak, cukuplah kita menjawab persoalan itu dengan jawapan klise, "Ohhh... azan itu sebagai tanda masuknya waktu solat". Bagaimana pula jika si anak tadi memberikan saranan untuk menggunakan penggera waktu solat agar lebih senang kita diingati, pastinya jika kita sudah hilang sumber jawapan.

Maka jawapan kuasa veto digunakan, "jangan banyak tanya, ikut sahaja." Jawapan inilah yang membawa kemunduran kepada umat Islam generasi baru kerana mereka melakukan sesuatu atas dasar ikut-ikutan tanpa mengetahui faktanya dan lebih buruk lagi apabila perbuatan yang dilakukan tanpa ilmu adalah perbuatan yang tiada roh di dalamnya yang mana pelakunya melakukannya dengan jiwa yang kosong. Lalu akhirnya pelaku akan mengikut siapa yang dapat memberikan jawapan kepada persoalan mereka.

Biarpun jawapan yang diberikan tidak masuk akal namun kehendak mereka tercapai untuk mendengar jawapan kepada soalan tersebut yang akhirnya menjadi pembuka jalan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan atas nama agama.

Keadaan ini juga sebenarnya penyumbang besar kepada ajaran sesat. Anak menjadi taksub kepada mereka yang konongnya dapat memberi jawapan walaupun palsu. Antara ajaran sesat yang paling sesat ialah ketaksuban kepada si guru.

Azan merupakan satu carta kehidupan umum, iaitu jika kita perhalusi dan ikuti, in shaa Allah, akan memberi impak yang baik dalam hidup kita. Ia menujukkan sati perjalanan hidup yang perlu kita lalui. Ia juga merupakan satu formula yang mana jika kita berjalan dengannya kita akan mencapai apa jua yang kita inginkan dalam hidup ini.

Hari ini ramai benar yang ingin menjadi kaya, ramai benar yang ingin menjadi jutawan. Mungkin mereka memikirkan dengan kekayaan kita akan dapat apa jua yang kita inginkan. Apabila persoalan ini timbul maka ramai yang berkata, "Kamu tak kaya sebab itu kamu kata kaya itu tidak perlu."

Berkat rezeki dari azan
Kami tidak mengatakan bahawa kaya itu tidak perlu namun apa yang perlu dilihat adalah dengan mencari kekayaan jangan sampai tertinggal Allah S.W.T di belakang. Terpegun juga mendengar cerita seorang teman, "bisnes aku dah ok!"

Melihat wajah keceriaan terpancar diwajahnya dalam menyampaikan berita tersebut. Kemudian dia berkata, "lepas aku buat terapi azan, tiada hari tanpa bisnes, betullah selama ini aku lebih bertuhankan duit dari berTuhankan Allah S.W.T yang sebenarnya Maha Memberi rezeki.

Kata-kata tersebut membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyampaikan apa yang seharusnya dimiliki oleh orang muslim dalam berjalan menempuhi onak ranjau dunia perniagaan. Teman kami itu telah pergi pelbagai bengkel untuk memajukan perniagaannya namun semangatnya hanya bertahan beberapa ketika dan sewaktu melatihnya untuk melakukan teknik terapi azan, dia masih ragu-ragu kerana masakan hanya dengan azan rezekinya bakal membaik.

Namun kini dia sudah melihat keberkesanan azan dalam hidupnya dan dalam mencorak masa depan.

Thursday, November 28, 2013

Usah Takut Hadapi Hidup

Pengalaman di dalam konsultasi atau kauseling dengan orang awam memperlihatkan ada individu yang mengadu takut untuk membuat sesuatu dalam hidupnya; takut kahwin nanti bercerai, takut bisnes rugi dan pelbagai ketakutan.

Sebenarnya, kita tidak perlu dan tidak boleh takut menghadapi kehidupan ini. Daripada kajian yang mengkaji tarikh dan waktu lahir mendapati semua orang mempunyai pelbagai jenis konflik di dalam hidupnya. Cuma yang membezakan kita adalah tempoh masa atau usia sesuatu konflik itu berbeza untuk setiap orang.

Tetapi, semua jenis konflik ada pada semua orang. Ini adalah satu hakikat yang perlu dijelaskan di sini bukanlah untuk meninmbulkan panik atau untuk menakut-nakutkan masyarakat, tetapi lebih kepada memberi kesedaran bahawa anda perlu kuat, tenang dan berilmu untuk menghadapi liku-liku kehidupan.

Di dalam kajian tarikh dan waktu lahir, beberapa jenis konflik dikenal pasti. Contohnya, konflik yang dinamakan Vacuum Star, ia cuma gelaran sahaja dan boleh sahaja kita letak apa jua nama selain daripada itu. Ia menjelaskan situasi di mana pada sesuatu tempoh usia kita akan diuji dengan masalah kerugian atau kegagalan dalam kewangan.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa semua orang memiliki Vacuum Star, cuma pada usia yang berbeza. Oleh itu jelas sekali menunjukkan bahawa kaedah-kaedah menilik nasib yang menggunakan tarikh lahir adalah tidak tepat kerana jika sedemikianlah maka semua orang hidup kerugian? Berbeza dengan kaedah ini yang menggunakan pendekatan strategi untuk kenal pasti jenis konflik dan membuat tindakan sewajarnya.

Berbalik kepada persoalan Vacuum Star itu ialah semua orang perlu melalui sebentuk konflik iaitu kerugian dengan kata lainnya iaitu bagaimana menguruskan kewangan anda apabila berhadapan dengan situasi kemelesetan dan cabaran dalam kewangan. Jika anda ada strategi, tentunya fenomena Vacuum Star ini anda dapat lalui dengan baik.

Tentunya, jika anda tidak bersedia dan tiba-tiba sahaja memasukki era fenomena tersebut, anda akan kerugian! Tetapi bukanlah kerugian itu memang menanti anda, cuma cabaran ke arah kerugian itu yang menanti anda, dan anda yang telah dianugerahkan Tuhan dengan semangat dan pengetahuan, perlulah membuat pilihan untuk bersedia menghadapinya. Lakukanlah strategi awal untuk menghadapi cabaran tersebut serta pelbagai cabaran yang lain untuk anda kekal berjaya.

Juga, perlu diingatkan bahawa dalam kajian mendapati setiap orang perlu melalui sekurangnya empat kali tempoh cabaran untuk setiap jenis konflik. Oleh itu, janganlah anda ambil mudah tentang betapa rumitnya kehidupan kita ini, ia sebenarnya penuh dengan pengurusan! Berikut adalah beberapa jenis fenomena dan penjelasannya;

Vacuum Star
Cabaran bagaimana menguruskan kewangan anda apabila berhadapan dengan situasi kemelesetan dalam kewangan. Ini adalah tempoh masa ujian untuk anda menguruskan kewangan dengan baik di tengah-tengah konflik kewangan.

Jika anda dapat melaluinya dengan baik, anda akan faham betapa pentingnya amalan sistem pengurusan yang cekap. jika anda tidak bersedia awal, maka kerugian demi kerugian anda alami. Tentunya, sama ada anda dapat lalui dengan baik atau tidak, anda sudah ada pengalaman untuk anda hadapi situasi yang sama akan datang.

Widowed Star
Cabaran bagaimana menguruskan emosi dan kekalutan jiwa di dalam alam percintaan atau perkahwinan apabila berhadapan dengan situasi konflik dan jurang dalam percintaan atau perkahwinan.

Ini adalah tempoh ujian untuk anda menghadapi pelbagai karenah kekalutan dalam percintaan / perkahwinan. Jika anda dapat memahami ia sekadar ujian, anda dapat laluinya dengan baik dan anda akan faham tentang betapa pentingnya usaha bersama di dalam hubungan percintaan / perkahwinan. Jika anda tidak bersedia awal atau melaluinya dengan kecewa, tentunya anda mahu sahaja lari dari percintaan / perkahwinan.

Awarding Star & Lonely Star
Ada puluhan lagi jenis konflik yang akan dikongsi bersama anda nanti termasuklah potensi yang baik seperti Awarding Star iaitu satu tempoh masa dimana anda berpeluang memenangi ganjaran, imbuhan atau hadiah! Itu pun jika anda tahu cara mendapatkannya.

Oleh itu, janganlah takut hadapi kehidupan. Anda pasti akan melaluinya jua dan yang penting adalah anda ada persediaan. Jika anda takut hadapi pelbagai jenis konflik, tinggal sahajalah dalam sebuah gua hidup berseorangan di sana tentu tiada konflik, tetapi ada konflik Lonely Star iaitu kesunyian pula! Maknanya jika anda lari ke dalam gua pun masih ada konflik.

Apabila anda melalui tempoh ujian dan cabaran tersebut, anda perlulah bersedia lebih awal dan seterusnya melalui tempoh ujian dengan lebih kuat, tenang, tabah dan sabar serta berilmu. Dapatkan sokongan daripada mentor yang berpatutandan tak lupa juga berdoa pada Yang Maha Esa.

Wednesday, November 27, 2013

Tanda-tanda hidup kita tak berkat

 
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Bagaimana Syaitan Menelanjangi Muslimah


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering diguna adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan tahu persis kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahapan-tahapnya.



I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau mode hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian ya pakaian, apa pun bentuk dan namanya.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar mode. Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tuh tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal baru lagi. “Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekedar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak ghairah. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya bahagian kecil saja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, “Pakaian kan hanya gitu-gitu saja, cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita tertanya-tanya. “Banyak model dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih enak dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan tembus-pandang (transparent). “Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparen, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar dan enak, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih leluasa, lebih kelihatan lincah dan bertenaga.”

Lalu dicubalah ide abaru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih enak dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik ke kereta. “Yah tersingkap sedikit tak apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merusak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahapan berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan trik dan siasat lain yang lebih ampuh, tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit.
Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar membuat susah, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih enak kalau di potong saja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh ada yang terlupa, kalau kamu bakai baju demikian, maka tudung yang besar tidak sesuai lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih serasi dan padan, orang tetap menamakannya dengan "bertudsung".

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini buru-burulah mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan sepatu hak tinggi, yang kalau untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak bereaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari model lain yang lebih enak, bukankah kini banyak pakaian setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka terbiasalah dia mema-kai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun buru-buru bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka yaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki,” hatinya berkata. “Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini berarti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini, dari yang berharga rendah hingga yang yang berjenama, seperti Kristian Dior, semuanya menawarkan model yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti model itu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis biasa dia kenakan, apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempermasalahkan itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari siasatnya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampak kan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini modelnya berpakaian mini, dan agar serasi rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai model lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian pesta, berlibur, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling rawan saja yang tinggal untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzu billah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan laki-laki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” syaitan tak mau ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larut, karena kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat berarti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyeng-sarakan, baik di dunia maupun di akhirat. Wallahu a’lam bis sawab.

Sumber idea dan pokok fikiran: Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Tharsyah, disadur dengan bebas.

Tuesday, November 26, 2013

Pimpinan Kasih Sayang Nabi Muhammad

Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam. Katakanlah (Muhammad), sungguh, apa yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhanmua adalah Tuhan Yang Esa, maka apakah kamu telah berserah diri (kepadaNya)?
- Surah AL ANBIYA. 107-108
Muhammad, memimpin umat manusia untuk tunduk beriman kepada Allah selama 23 tahun, dan sewaktu wafatnya baginda pada usia 63 tahun, seluruh Semenanjung Tanah Arab telah berubah wajah daripada penyembahan berhala kepada pengabdian diri kepada Allah Yang Esa, dari persengketaan puak dan suku yang tiada berkesudahan kepada perdamaian, kasih sayang serta kesatuan jiwa dan kekuatan, daripada kemasukan dan bertuhankan nafsu kepada kecelikan akal dan kehalusan perasaan serta ketaatan beragama, dari kebejatan tingkahlagu kepada kemuliaan peradaban diri dan masyarakat. Tidak pernah tercatat dalam sejarah kemanusiaan berlakunya suatu perubahan total bagi sebuah bangsa sebelum dan sesudah itu.

Berikut pernyataan tokoh serata dunia Tentang Nabi Muhammad:

1. Napoleon Bonaparte (1769 - 1821) - Maharaja Perancis
Nabi Musa mengenalkan kewujudan Tuhan pada umatnya. Nabi Isa berbuat demikian pada dunia Romawi dan Nabi Muhammad kepada dunia seluruhnya. Saya berharap masanya tidak lama bilamana saya berupaya menyatukan seluruh cerdik cendikiawan seluruh dunia dan menyusun suatu pentadbiran berasaskan prinsip Al-Quran, satu-satunya panduan yang membawa kebahagiaan kepada umat manusia.
[Petikan dari Christian Cherfils, "Bonaparte et Islam," Pedone d. Paris, France, 1914, muka 105, 125. Rujukan Asal "Correspondence de Napolean ler Tome V piece n*4287 du 17/07/1799..."]


2. Alphonse Lamartine (1790 - 1869) - Pujangga dan Negarawan Perancis
Ahli falsafah, ahli pidato, penyeru, penggubal undang-undang, pahlawan, penguasa idea, pengembali kepada garis fikiran rasional, pelopor kepada dua puluh empayar dunia dan satu empayar rohani. Beliaulah Muhammad. Untuk diukur kehebatan Muhammad dengan sebarang aras, kita harus bertanya semula, adakah seorang yang lebih hebat daripadanya...?
[Lamartine, Vol. 11, 1854, muka 277, Dipetik dari Siri WAMY in Islam No. 4, "What They Say About Muhammad?"]



3. Thomas Carlyle (1795 - 1881) - Karyawan dan Ahli Sejarah Scotland
Seorang lelaki yang benar, benar dalam perbuatan, benar dalam percakapannya dan benar dalam ajarannya. Sememangnya seorang yang pendiam, memilih untuk berdiam dikala tiada apa yang hendak diperkatakannya namun bermakna, bijaksaba serta tulus tatkala beliau bercakap dan sering memberi penyelesaian kepada sesuatu perkara... Kata-kata daripadanya adalah suara terus dari hati alam semesta. Manusia seluruhnya perlu mendengarnya...
[Dipetik dari "Islam the Religion of All Prophets", 1982, muka 33]


4. Michael H. Hart - Hart menjelaskan mengapa beliau memilih Nabi Muhammad sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah kemanusiaan.
Beliaulah satu-satunya manusia yang begitu cemerlang di kedua-dua bidang, agama dan dunia. Dari permulaan yang befitu daif, Muhammad membangunkan dan menyebarkan salah satu daripada agama besar dunia dan menjadi pemimpin negara yang begitu efektif. Pada hari ini, tiga belas abad sesudah kewafatannya, pengaruhnya tetap segar dan bertenaga.
[Michael H. Hart, Ahli Sejarah, Penyelidikan dan Ahli Matematik Amerika, dalam bukunya "The 100, A Ranking of the Most Influential Persons in History", meletakkan Nabi Muhammad di tangga teratas senarainya.]

 5. George Bernard Shaw (1856 - 1950) - Tokoh teater, jurucakap golongan sosialis dan pengkritik sastera lrish. Pemenang anugerah Nobel 1925.
Saya yakin sekiranya seorang lelaki sepertinya memerintah dunia meden kini, beliau akan berjaya mengungkai segala permasalahan hingga membuahkan ketenangan dan kebahagiaan hidup yang begitu didambakan. Eropah kini mula tertarik dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Pada abad yang mendatang, tidak mustahil ia akan mengitiraf dan mempraktikkan ajaran tersebut dalam menghadapi masalah yang dihadapinya.
[Dipetik dari "A collection of writing of some eminant scholars", 1935]


 6. Ghandi (1869 - 1948) - Pejuang Kemerdekaan India
Saya ingin mendalami kisah hidup seorang manusia terbaik, yang pada hari ini bekas pengaruhnya hidup dihati jutaan manusia. Saya penuh berkeyakinan bahawa bukan melalui mata pedang yang menempatkan Islam di sisi peradaban hidup ketika itu. Mudah tanpa pernah memberatkan, kerendahan hati Nabinya yang amat berhati-hati dengan perkataannya, keperkasaan dan keberaniannya serta keyakinan mutlak kepada Allah dan seruannya. Dengan inilah, Islam hidup dan berhadapan dengan segala cabarannya.
[Dipetik dari Rahman, OP. Cit., muka 186]


7. Karen Armstrong - Penulis dari Britain, pengarang bagi beberapa buah buku sekitar perbandingan agama.
Muhammad adalah seorang genius yang sangat luar biasa. Muhammad bukan tokoh kegagalan, sebaliknya seorang tokoh dengan keberhasilan yang mengkagumkan. Merujuk kepada apa yang ada disini dan disaat ini, menjadi ciri khusus Islam, tidak ada seorang yang lebih realistik berbanding Nabi Muhammad. Beliau merupakan seorang genius politik dan spiritual sekaligus.
[Dipetik dalam A History of God: The 4,00 - Year Quest of Judaism, Christianity and Islam]



8. William Montgomery Watt (1909 - 2006) - Profesor Kajian Bahasa Arab & Islam di University of Edinburgh.
Kerelaannya dalam mengalami penganiayaan demi keyakinannya, ketinggian akhlak orang-orang yang mempercayainya dan menghormatinya sebagai pemimpin, dan kegemilangan prestasi puncaknya. Semua itu membuktikan ketulusan hatinya yang begitu sempurna.
[Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, h. 52]




9. Reginald Bosworth Smith (1784 - 1884) - Bishop Protestant Amerika
Dengan sebuah kehebatan yang sangat unik dalam sejarah, Muhammad adalah pengasas suatu negara, suatu kerajaan dan suatu agama. Dia adalah gabungan dari Kaisar dan Paus. Tetapi dia adalah Paus tanpa tentera dan pengawal, tanpa istana, tanpa upah dan pendapatan. Jika ada orang yang mempunyai hak untuk menyatakan bahawa dia dipimpin oleh Tuhan yang Benar, itu adalah Muhammad, dia mempunyai kekuatan tanpa peralatan dan tanpa dukungan.
[Dipetik dalam Mohammad and Mohammedanism, London 1874]

Saturday, November 23, 2013

Bilakah Waktu Sebenar Mandi Wajib?


SEMEMANGNYA Allah s.w.t. memberikan kelonggaran kepada kaum wanita meninggalkan kewajipan solat semasa datang bulan atau haid. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa kita masih perlu menggantikan waktu-waktu solat yang tertinggal sebaik sahaja darah haid berhenti walaupun ketika itu belum mandi wajib. Justeri, di sini disenaraikan enam panduan untuk semua agar kewajipan solat terpelihara. Perlu diingatkan juga jika terlewat mandi, maka makruhlah segala pekerjaan kita.

Tip 1
Apabila darah haid terhenti pada waktu Zohor, bolehlah menangguhkan mandi sehingga waktu Asar. Apabila masuk waktu Asar, segeralah mandi dan wajib sembahyang Asar dan selepas itu mengqada sembahyang zohor.

Tip 2
Apabila darah haid berhenti pada waktu Asar, wajiblah mandi walaupun masa yang ada itu hampir masuk waktu Maghrib. Kalaulah jarak waktu darah kering dengan waktu masuk Maghrib itu ditakdirkan sempat anda mengangkat takbiratul-ihram maka ia dikira kering dalam waktu Asar. Oleh itu, wajiblah mandi dengan segera dan selepas sembahyang Maghrib, wajiblah diqada sembahyang Zohor dan Asar.

Tip 3
Apabila darah haid kering waktu Maghrib, boleh ditangguhkan mandi sehingga ke waktu Isyak. Apabila masuk waktu Isyak, segeralah mandi dan sembahyang Isyak kemudian mengqadakan sembahyang Maghrib.

Tip 4
Apabila darah haid kering waktu Isyak, wajiblah mandi pada waktu itu. Kalaulah waktu kering itu sudah hampir ke Subuh kira-kira sempat dilakukan takbirratul-ihram, ia dikira kering dalam waktu Isyak. Maka, wajibl;ah mandi dan kemudian qada Maghrib dan Isyak dalam waktu Subuh.

Tip 5
Jika darah haid kering pada waktu Subuh, wajiblah mandi dengan segera. Wajib disegerakan mandi untuk membolehkan Subuh ditunaikan dalam waktunya. Tapi, kalau terlewat mandi sedangkan keringnya dalam waktu Subuh, wajiblah diqadakan sembahyang Subuh itu.

Tip 6
Seandainya kering darah selepas waktu Subuh, bolehlah dilewatkan mandi sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Bagaimanapun, disunatkan mandi segera bagi membolehkan anda sentiasa dalam keadaan suci.

Friday, November 22, 2013

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah. "Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Thursday, November 21, 2013

Al-Quran Sebagai Panduan Hidup


 AL-QURAN telah diturunkan sebagai panduan dalam kehidupan manusia. Tetapi jika dilihat dimana-mana, Al-Quran hanya dijadikan sebagai alat memperdengarkan suara lunak segelintir manusia dengan melagukan bacaan dan sebagainya. Sebenarnya ia diturunkan untuk manusia supaya membaca, memahami dan mengamalkan apa yang telah diajarkan di dalamnya. Tidak salah mencintai Al-Quran melalui bacaan secara berlagu, memahami hukum dan tajwidnya.

Penerapan pemahaman, penghayatan dan beramal dengan ajaran isi kandungan al-Quran dengan ajaran isi kandungan Al-Quran adalah lebih penting dan utama dari melagukannya. Ketika kanak-kanak masih kecil, amat sesuai kaedah bacaan Al-Quran secara berlagu digunakan sebagai cara untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya dekat dengan kitab suci ini.

Walaubagaimanapun, apabila mereka sudah meningkat remaja dan dewasa, pemahaman dan praktikal dari isi kandungan Al-Quran perlu diterapkan dalam jiwa mereka. Inilah kunci sebenar kepada kekusutan dan kekalutan manusia dalam mencari masalah-masalah duniawi.

Isu pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, sumbang mahram, zina, korupsi, pecah amanah dan pelbagai lagi masalah sosial yang melanda akhir-akhir ini sudah berada ditahap amat membimbangkan. Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran surah Maryam Ayat 59-60, "Kemudian sepeninggalan mereka, datang generasi yang mengabaikan kewajipan solat dan mengikuti hawa nafsu, mereka pasti akan menemui kebinasaan. Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, mereka akan masuk syurga dan sama sekali tidak teraniaya sedikitpun".

Dengan merujuk ayat di atas, ini adalah peringatan Allah kepada manusia terutama umat Islam supaya bersedia dengan kedatangan waktu tersebut dengan menanamkan di dalam jiwa anak-anak dengan pendidikan Islam yang sejati dan sentiasa memohon perlindungan Allah.

Sebaliknya apa yang berlaku, dikalangan umat Islam sendiri, mereka sering bertelagah, malah hingga ke peringkat mereka yang boleh digelar Ustaz atau Ulama. Mereka yang blebih sibuk mencari harta dunia dari memperingatkan manusia tentang kedatangan hari pembalasan.

Paling menyedihkan, terdapat segelintir manusia dari golongan atau badan agama yang menyalahgunakan kuasa, tidak amanah, dan mengambil kesempatan atas tiket "agama" untuk melempaskan nafsu serakah mereka.

Jika golongan yang dipandang mulia oleh masyarakat sudah pincang dan lemah serta bersifat tamak, bagaimana untuk masyarakat yang daif dari segi hukum agama boleh menjadikan golongan ini sebagai tempat pakar rujuk mereka untuk kembali ke jalan kebenaran?

Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Apa yang paling penting adalah merenung kembali kesilapan kita, memikirkan cara penyelesaian dan segera bertindak.