Saturday, November 23, 2013

Bilakah Waktu Sebenar Mandi Wajib?


SEMEMANGNYA Allah s.w.t. memberikan kelonggaran kepada kaum wanita meninggalkan kewajipan solat semasa datang bulan atau haid. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa kita masih perlu menggantikan waktu-waktu solat yang tertinggal sebaik sahaja darah haid berhenti walaupun ketika itu belum mandi wajib. Justeri, di sini disenaraikan enam panduan untuk semua agar kewajipan solat terpelihara. Perlu diingatkan juga jika terlewat mandi, maka makruhlah segala pekerjaan kita.

Tip 1
Apabila darah haid terhenti pada waktu Zohor, bolehlah menangguhkan mandi sehingga waktu Asar. Apabila masuk waktu Asar, segeralah mandi dan wajib sembahyang Asar dan selepas itu mengqada sembahyang zohor.

Tip 2
Apabila darah haid berhenti pada waktu Asar, wajiblah mandi walaupun masa yang ada itu hampir masuk waktu Maghrib. Kalaulah jarak waktu darah kering dengan waktu masuk Maghrib itu ditakdirkan sempat anda mengangkat takbiratul-ihram maka ia dikira kering dalam waktu Asar. Oleh itu, wajiblah mandi dengan segera dan selepas sembahyang Maghrib, wajiblah diqada sembahyang Zohor dan Asar.

Tip 3
Apabila darah haid kering waktu Maghrib, boleh ditangguhkan mandi sehingga ke waktu Isyak. Apabila masuk waktu Isyak, segeralah mandi dan sembahyang Isyak kemudian mengqadakan sembahyang Maghrib.

Tip 4
Apabila darah haid kering waktu Isyak, wajiblah mandi pada waktu itu. Kalaulah waktu kering itu sudah hampir ke Subuh kira-kira sempat dilakukan takbirratul-ihram, ia dikira kering dalam waktu Isyak. Maka, wajibl;ah mandi dan kemudian qada Maghrib dan Isyak dalam waktu Subuh.

Tip 5
Jika darah haid kering pada waktu Subuh, wajiblah mandi dengan segera. Wajib disegerakan mandi untuk membolehkan Subuh ditunaikan dalam waktunya. Tapi, kalau terlewat mandi sedangkan keringnya dalam waktu Subuh, wajiblah diqadakan sembahyang Subuh itu.

Tip 6
Seandainya kering darah selepas waktu Subuh, bolehlah dilewatkan mandi sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Bagaimanapun, disunatkan mandi segera bagi membolehkan anda sentiasa dalam keadaan suci.

0 comments:

Post a Comment